About Me

My photo
special days, simple days, sad moments and happy ways, where everything changes with time, friendship always stays~!

Friday, December 31, 2010

alkisah munyit

salam readers...~!
ape khabar?? hari ini aku nk share sesuatu utk korg sume...
as usual, bila da lme x update blog ni, ada lah 'sesuatu'
yg ingin aku kongsikan bersama korg.nampak x betapa aku syg korg sume,
wahai bloggers yg x jemu menyinggah di blog kesayanganku ini??
seperti biasa, kisah ini tidak dapat disahihkan sumber aslinya,,,
just nk share saje ngn kamu semua... layannnn~!


Nota: Kisah yang di fwd kepada saya



Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.

Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.

Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami.

Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga.

Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.



Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Soalan: Pernahkah anda menghadapi sendiri pengalaman kisah seperti ini?
 

Saturday, December 11, 2010

aku tanpa cintamu....

salam readers~!
ini ada satu lagi kisah yg aku dpt dr kwn aku,,,
mcm biasa la dr email ke email...
x dpt disahihkan sumber asli cerita ini.
yg aku tahu, aku nk share ngn korg...

ginilah kisahnye.


jangan salah paham ye.. ini adik aku, bkn boipren~! sekadar gambar hiasan.haha


Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya.aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya.mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii.geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku..haihhh..memang sakit hati.baju baru kot.mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

"Lah..awat tak tanya."

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la.weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh.Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,. lepas tu..SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

"Lah..gi shopping la sayang.owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau.terlupa bawa hanset..hehe.."

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine.aku masak jer.Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat.tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan.Masa first time dia suap kat mulut tuh.Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius.dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan.aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh...

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah.haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia.

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

"Lah awat la call saya.call la mekanik.ingat call saya keta awak bleh jalan??.."

Eiii.geramnya aku!!!

Tapi.dia mai jugak lepas tuh.ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh.dan lepas start.terus boleh.hmmm..dalam hati.aku kata,

"bleh la jugak mamat nih nak diharap.mekanik kecil-kecilan, janji free".

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah.2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah.dia nak pi buat keja dia.takkan nak kata tak boleh kot.keja arkitek.biasalah.busy la kot.

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka.tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak.kosong inbox!!

Eiii.geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju.ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna.aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh.jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa.saja tulih surat nih..bosan.tak tau nak buat apa.hihi
Pertama sekali.saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak.sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! .Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah.hahaha.memang sangat lucu.saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat.

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh.hihi..takot terkantoi.yer la.saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh.memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari.hihi.

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak.hmm.mesti awak bengang kan sebab saya no respond.huhu.sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita.

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya.time keta awak rosak.hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik.Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok.happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak.hihi.tapi saya ok jah.saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih.

"Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! "

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least.awak..awak jangan nakal-nakal ekk.sebab saya saaaaayang awak.

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu "bungkusan" nih.hihi

Love,
Suamimu


p/s : anggap jela penulis sebenar nye berasal dr negeri line2 utara sane...lolz.

Friday, December 3, 2010

cerita sadis~!

salam, n hye readerz!
ptame2 nye, ak nk mntk maaf le kt y'all sume sbb aku dh lme
membiarkan blog kesayangan ku ini bersawang dan mengabaikannya.
maaflah.. kakak xde mase la asyik g cc jek nk update...
kebetulan, lately, ak agak bz di rumah mahupun di tmpt keje,,,,

ade sesuatu yg ingin aku kongsikan di sini,,,,
ade sebuah cerita yg..nk kata sedih sangat, emm bole la...
kelakar? x kot.. tp korg nilaila sendiri,,,
sangat bagus untuk remaja seperti kita ni,,,
yg da kawen pon bole jgk lau nk baca.tidak dilarang ya,
keke,,,

cerita ini dipetik dari salah satu email yg sy terima dr kwn seofis ku..
begini ceritanya....




Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..
Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..
Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........
"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...
Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..
Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..
Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..
Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....




p/s : hah,, kalo da tau diri 2 da berpunya, jgn la mgatal dgn org lain....

Subject: Rileks jap...

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus
menulis surat kepada ayah untuk meminta wang.
Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta
wang sebanyak Rm1000 dari ayah,

walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,
ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini,
jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil
surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali
surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah.
Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini,
tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang
mengandungi ayat yang ringkas,


Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan.
Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu...

Sunday, November 14, 2010

SPM SEJARAH PAPER 2010

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.



1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang...
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang..
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

MAAF..ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAP ...

kenapa jumaat???

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap
mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap
hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan
untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap
sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa
doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...
tiba-tiba......



Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci

yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus

mencabut....

soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..

vacuum cleanernya....

wakakakaka...................

bley tahan sengal jugak Makcik Timah ni....

suka suki

salam readers~!

seperti biasa, weekend saje ak akan luangkn sedikit mse aku
utk blog kesayangan aku nih.... rindu tau ngn blog ni seminggu x jmpe!
mgu ni xla bnyk kerja sgt,...
ada jgk la email yg ak receive dr officemate ak utk di'share'kn di sini.



Cara atau Tips Memikat Lelaki..

1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2.Berwatakan menarik (Persenaliti yang mampu mengugat hatinya).
3.Jujur dan sentiasa merendah diri.
4.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
5.Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).
6.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
7.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
8.Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.
9.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
10.Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
11.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
12.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
13.Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
14.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
15.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
16.Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
17.Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!

Thursday, November 4, 2010

hoi! gini ke kamu mengucap???~!!!

hai readerz~~!!!!

kalini aku ade free tym utk update blog aku yg agak suda bersawang...
soryla geng..
aku bz di tempat keje,...



mne de masa nk on9... tp xpe...
sbg gantinye,, aku akn memberi 1 story lg pd korg...~~!



adalah satu fmly ni...
Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”
MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat.

alkisah hon

salam readers!!
hr ni aku nk share email yg aku dpt dr officemate aku...
xtw la sme ada korg da bce atau belum...
aku nk share jgk kt blog ini~!

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!



Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?



Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
~ 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
~ 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
~ 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
~ 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
~ 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
~ 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

ngeheehehhhe~~~!!!

Friday, September 17, 2010

Batu Pahat tanah tumpah darahku

salam readers..
aku skng dah kt bP dah..
mcm biasa lah kalo aku kt Bp, opkoz aku on9 di CC..

aku gerak g bp dlm kul 12 lbey gak ar...
dlm pjalanan, aku dok pangku adik sdara aku ni..


sofia namenye.

galak dy dok atas riba aku, pastu tido dgn nyenyaknye,,
smpai jek rmh, aku tgk kuih2 yg aku wt..dah abis.
laku sangatlah tu. terus aku kne wt ag kuih raye,,
tahu x, kuih raye ape yg aku wt?

1.
cornflakes madu namenye.. yg ni, smpai 2x aku kne wt.
sbbnye, sedap sangat agaknye, raye ke2 aku kne wt ag..

2.
yg ini plak, juga ada kaitan ngn cornflakes..
nme dy, biskut cornflakes rangup skali.. huhu..

hr ni, mak n pak sdare aku yg blajo kt UK balik m'sia.
malas lah nk ikut... mase aku blek td, mmg pnat.so, aku tdo.
xdptlah ikut mkck n pkck aku g sne..
xpelah. lenkali aku g.

rasenye takat 2 jelah post aku hr ini...
♥ u all!

Thursday, September 16, 2010

raya lagi

aku keseorangan di rumah cik ayu ini.
jap lg balik lah kakak aku sorg 2..
2 yg teringat nk anta lg post baru pd y'all..

aku ade temenung jap td..
pk lah pasal kerjaya petani moden aku ni.
dulu sbelum raya, aku ada ditawarkan jd kru mcD..
tp, korg tau x, aku penat sgt tym training keje 2.
pulak 2, raya ptama aku kne kje lak...
jd, aku pon tolak la keje kt situ..
tp kan, rmai org ckp, keje kt mcD, gaji masyuk.
masyuk atau tidak, wallahua'lam. aku x taulah.


teruskanlah cr keje lain...

esoknye, aku g la temuduga kt kilang sharp kt bP..
as a account clerk.. pehh. satu hari interview nye,
siap ade periksa2 bagai.
so, aku pun wt la sume 2..
hermmm..tp smpai skng, belum ada jwpnnye ag.huh.

n smlm aku g lg 1 temuduga ktg MITC spt yg telah diceritakan
dlm last post. harap2 dptlah keje ye...

bile dipikir2kn balik, mnyesal la aku tolak mcD..
raya kali ni, bknnye meriah sgt.
bkn bg aku duit pon.


da besa. xdpt pon wet raye!

lau x, aku da nk gaji da kot.
bule beli detox foot! hahah..

Wednesday, September 15, 2010

nice try

salam readerz..
ini my new post k..
current : rumah c ayu, batu gajah, merlimau, melaka.
actually ak ni smlm ada temuduga kerja as account assistant
kt MIBC (Malacca International Bowling Centre) @ MITC..
y'all doakan lah ak diterima keje di sane ya.
mcm penat lah menganggur saje.

erm.. hr ni ak sorg2 kt uma.. kakak ak g keje plak,,
dah dok uma 2, kne la masak.
nk tau x ape yg ak masak???

1.
ini namenye..ayam masak gulai tempoyak.ini resepi yg aku amek dr mesra.net. lau y'all nk cuba, buleh laa..

2.
ni plak, sayur bendi goreng istimewa. fyi, ini resepi mmg aku yg create sendiri. biasalah lau ak ni kn ske mencuba itu ini. namun, rasanya mmg sedap.

*********************************************

esok, aku akan kembali ke batu pahat.
lau aku senang, aku g la cc utk update blog kesayanganku ini ya.
aku mmg rindu kt blog ni. malangnye rumah bP ku tiada line internet lah.
oke.. tata..titi...tutu,,,

Tuesday, August 24, 2010

salam alaik...

hey y'all, rasenye dh lme aku x update blog ini kn??
rse rindu utk berbuat demikian...
current : aku skngni ada kt bt pahat.
and, kt batu pahat ni, aku xde line internet,
just ada lappy tp xde internet, xjd jugak kn??
so, aku biarkan saje emosi aku tergendala kt liang2 otak aku ni.

***********************************

tajuk kite hari ini adalah cinta.



cinta ku pade si dia yg kian lesap berbalam2 dek awan pe'el dy pd aku.
ntahlah.. aku pon xtau kenape jd cenggini,
ape tah sala aku pd dy, aku pon xtau.
aku tau, aku ni bnyk kekurangan. namun, itukah alasannye
untuk melakukan hal sedemikian terhadapku...

sekarang ni, aku sepi. ada cinta atau tidak,
SAMA saje, dah la aku byk prob... makin pening
lau aku fkirkan benda2 aneh gini..

***************************************************

agaknye, bile aku suda cantik, suda byk duit,
barula cinta itu datang dgn rse mendalamnye kn????



pehh...
da lme x emosi dlm blog, bkn main lak nk tacing di sini kn...


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA oke!
jumpa lagi di lain post

Thursday, July 29, 2010

layan lagu ni...



my hero lah...

Saturday, May 22, 2010

cinta ini membunuhku...

hari ini sedih,
aku berpakaian hijau hari ini. selalunya baju hijau akan mendatangkan kesedihan buatku.
tp khurafat andainya aku mempercayai itu.kebetulan saje kot.

*************************************

aku dilanda kesedihan. kesedihan yg tak mampu untuk aku luahkan
dalam bentuk kata2 mahupun tulisan.
memang kebiasaannya aku akan menulis bila ada masalah.
namun bukan untuk hari ini.

SIAPAKAH aku untuk mencintai dia??

ya, masalah aku adalah cinta.
ALLAH. Kau telah ciptakan perasaan cinta padanya untuk aku,
tapi hari ini, Kau ciptakan sedih dalam hatiku kerana cinta juga.
Kau tahu. aku lemah dengan cinta yang hebat ini.

ya, pada Kau saja aku boleh mengadu,
bukan pada manusia lain seperti aku atau dia mahupun teman2 ku.
betapa hebatnya konflik dalaman yang aku rasa ini.
buatkanlah aku tenang seketika, Ya Allah...

********************************

ieqa, tlglah jgn menangis lagi.!!~

Monday, May 3, 2010

isnin yang membengangkan mama!

hari ini, hari saya panasss dengan seseorang.
tahukah anda? seseorang itu telah dengan beraninya
melabel saya sebagai 'bodoh dan bebal'.
dengan hanya 1 soalan mudah, "anda rasa anda baguskah?"
seseorang itu dengan mudah dan tegar nya memaki hamun
orang lain dengan perkataan yang cukup membuatkan
hati orang sensitif seperti saya ini untuk tersentuh...

padahal, saya tidak kenal dia dan dia pun rasanya tidak kenal saya
apa salahnya dia menjawab, ya, saya rasa saya amat bagus.
kenapa anda tanya?? itu pun sudah cukup untuk soalan seperti itu.

tahukah anda, apa jawapan 'seseorang' itu?
"yang ni lagi sekor.aku memang bagus,dan kau tak bagus,ape masalahnye??cuba jngn bertanya soalan bodoh macam ni.soalan ni menampakkan yang anda seorang yang bodoh lagi bebal."
malah sempat lagi bertanya soalan berbentuk ini kepada saya :
"dan satu lagi soalan kau bertanya sama ade saya bagus atau tidak membuatkan aku sangat marah.kau bagus sngat ke?nak tnye orang??bebal.lain kali jngn cari pasal.jaga kain sendiri sudeyh.tak payah jaga tepi kain orang lain.sampah~"..

untuk laman seperti itu, rasanya tidak salah
bagi saya untuk bertanyakan apa jua bentuk soalan sekalipun.
kerana laman itu khusus untuk orang bertanya soalan dan kita menjawab soalan tersebut.
kerana sorang mamat ini, saya rasa saya meluat untuk bertanya lagi padanya.
bahasa saya pun sopan kot kalao nk dibandingkan dengan orang lain.
terfikir pula, beginikah sikap seorang pelajar IPTA (universiti _ _ _ _ _ _)???

Saturday, May 1, 2010

sangat malas!

salam 1 malaysia. kembali lagi dengan post yg baru oke.

aku mula kan dengan satu lirik lagu
yg tak asing lagi bg blog ini.

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
**********************************
tahukah anda, lagu ini ada makna tersendiri.
lagu yg sayu, sedih, sepi,suram, syahdu dan bermacam2 S lg.
tp,aku bukanlah seorang penyedih, pendiam mahupun kurang bercakap.
bagi anda yang amat kenal aku,
perkataan 'talkative' amat sesuai dengan aku.
cuma aku lebih senang menulis dari berkata2.

ehm.. sebentar lagi, kembalilah aku ke hostel itu.
tahukah anda, bila aku sudah di sana, aku akan menjadi
manusia yang sibuk.
tengoklah sekarangni.
esok ada ujian pun aku masih boleh menaip post untuk blog kesayanganku.
sekali sekala. ape de hallll....




semalam aku cit chat ngn ramai kwn lamaku.
mereka kata aku menyepi.benarkah?
andai benar, 10 jari aku susun tanda maaf.
ketahuilah bahawa aku sangat tiada masa untuk dibazirkan disini.
mmg last week aku sibuk pon. mgu ni pon same.
aku kan dah nk exam. jd paham2 lah ye syg2 ku sekalian???

wallahua'lam.

Thursday, April 29, 2010

cinta dan kecantikan

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri
Bukannya sekali
Ingin ku mencoba
Namun ku gagal lagi
Mungkin nasib ini suratan tanganku
Harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya
Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu
Hanya iman di dada
Yang membuatku mampu
Selalu tabah menjalani

Malam-malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi
Hanya satu keyakinanku
Bintang ‘kan bersinar menerpa hidupku
Bahagia ‘kan datang

ya, lagu ini tepat sekali dengan hidupku.
malah, seakan2 kena pada diriku ini.
cinta. perkataan itu buat ak jd gila.
buat ak sangat tertekan bila memikirkannya,

salahkah aku mencuba bercinta?
satelah banyak kali ak kecundang
dalam mempertahankan hubungan itu???
nyatanya, aku tak serik lagi.

dahlah! ak da penat la mcm ni.
skng, hanya jodoh penentunya,
andai telah ditakdirkan jodohku bersamanya,
aku redha. n ak terima.
harap aku tak bersedih lagi.


ok. ni cerita lain pulak ye,


last monday, aku ke library PMM,
dan sempat meminjam beberapa buah novel dan 1 buku motivasi,
aku tertarik pada salah satu buku motivasi tersebut,
buku itu ialah "MEMBINA RASA CINTA"
karya Dr. HM tuah Iskandar.

aku teruja membaca buku tersebut
dan ingin aku kongsikan bersama kalian,
salah satu tajuk dalam buku itu;
pesanan untuk orang cantik.

aku seringkali merasakan, aku paling buruk
dikalangan kawan2ku,
rupaku, fizikalku, personalitiku.
semuanya, aku rasakan aku lah yang pling teruk.
sampaikan, aku pernah buat 1 kerja gila;sem 2.
apa kerja gila itu???
rahsia.

kalian pembaca blogku yang budiman,
aku selalu rasa tiada keyakinan diri,
namun, setelah aku baca topik buku Dr Tuah tadi,
aku perlahan2 ingin mengubah cara pemikiranku...

'anggaplah kekurangan kamu itu, satu kelebihan buat anda'
'orang cantik itu, hidupnya penuh ranjau dan bahaya'
'orang cantik selalu terdedah dengan perasaan angkuh dan riak'
'penghuni neraka kebanyakannya perempuan'
perempuan yang :
1. cantik, tapi tak memahami kenapa Allah jadikannya cantik. dia riak dan takbur dengan nikmat yang telah Allah berikan ;
2. buruk, tapi selalu mempertikaikan ciptaan Allah. siapa dia nak pertikaikan ciptaan Allah? dunia ini Allah punya.

maka, aku ingin berubah.
biarlah aku begini. aku masih bersyukur kerana aku masih bernafas
kat dunia yang dimiliki-Nya.

wallahua'lam

Tuesday, April 13, 2010

termenung sejenak

mungkin kau tak tau, n ta pnah nk amek tau...
ak syg kn kao.. lbey dr ak syg diri ak sendiri..
kao lbey dr seorg kwn.. ibarat adik beradik..
tp sayangnye... kao ta pnah amek tao
yg ak msih di sini menyayangi kao..

kwan ku _ _ _ _ _ _

kao mungkin ta perasan.. yg ktew semakin jaoh.
yg ktew da renggang. ntah di mana silapnya, ak ta tao.
ak ke yg byk menyisahkan kao?
ak ke yg byk menyakitkn hati kao?
andai ada salah silap, maafkn ak...

mungkin kao tau, ak suka main2,,
suka sangat tak serius.
namun ketahuilah sahabatku,
detik ak menulis di blog kesayanganku ini,
ak tulus. n ak tak menipu dan bersandiwara..

kerana kao, ak pnah menangis.
kerana kao, ak pnah gembira.
kerana kao, ak pnah bahagia.
kerana kao, ak pnah terluka.

ingt x, ktew pnah bergembira bersama?
ingt x, ktew pnah menangis bersama?
ingt x, ktew pnah wt keje gila bersama?

andainya kao tahu, takkan ada seorangpon yg blh menggantikan tempat kao
di hati ini., bahkan sampai matipun ak mengingatimu..
sebagai sahabat terbaikku...

Sunday, April 11, 2010

aku, hatiku dan airmataku

airmata, kenapalah engkau selalu mengalir?
adakah itu tandanya hati ini rapuh??
pelik, itu lah aku, aku yang selalu menangis.
entah untuk siapa dan demi apa yang aku nangiskan.
memang aku mengaku, tangisan itu bukan kepura-puraan.
dan aku tahu, itulah kelemahan ketara bagiku.
tapi sampai bila aku terus menangis?
sampai kolam airmata ku pecah hinggakan
aku tak mampu untuk menangis lagi??

hati, kenapalah engkau selalu lembut?
kenapa mudah sangat engkau tersentuh?
tpi, hati ini,pernah menjadi keras satu masa dulu..
hinggakan aku tak tegar memaafkan kesalahan seseorang,
dan akhirnya menjadi dendam yang kian membakar jiwa ini.
hati ini jugalah punca ke'sakit'an aku..
yang memendam 1001 rahsia.

dan aku yang sangat sensitif..
sangat kepingin untuk berubah.. menjadi perempuan yang kental.
namun, hingga kini, aku masih gagal..
maafkan aku, kerana hati ini belum berjaya untuk menahan
air mata ini terus-terusan mengalir...

p/s : memang betul ckp mama, dalam bnyk2 anak mama, kakngah sorang jek paling kuat nangis.
kesedihan ini seakan berlalu pergi... tatkala aku bersama 'dia'
hanya dia yang memahami ku... dia lebih mengenaliku..
bila bersamanya, aku terbayang2 kenangan semalam..
sampaikan aku menangis di hadapannya.. namun, dia masih menyayangiku.
mana aku tahu dia menyayangiku???
perlukah dia berkata 'dia menyayangiku'???
cukup dengan apa yang telah diberi dan dihulurkan padaku,
terjawablah pertanyaan itu. memang benar, dia sayangkan ku..
kerana dialah, aku hidup hingga kini.. namun, salah aku kerana
selalu mencintai lelaki yang belum tentu cintakan aku, sebagaimana
dia mencintaiku..
benarlah,

cintakan bunga, bungakan layu..
cinta manusia, akan mati..
cinta Allah, kekal abadi..

Monday, March 22, 2010

just a song!



Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu




Oh kekasih hatiku selamanya
Keindahan maya itu milik kita
Terciptalah... sebuah cinta
Jiwa sama bergelora

Kaulah satu dalam hidupku ini
Penawar di kala rindu
Kanku curahkan seluruh cintaku
Padamu... oh... kasihku

Akan kubina istana untuk kita
Dan menikmati gelombang cinta
Di dadaku... dan di dadamu
Degupan seiring irama

Ayuh kupimpinkan tanganmu
Menuju mahligai bahagia
Kitakan bersama
Mengecap nikmat cinta
Hidup bagai di syurga

kejutan buat mama


hari ini, ada clas cukai 2 sahaja...
ada kejutan yg ta diduga bwt aku dan kwn2 ku...
satu ujian telah dijalankan...
dan ak menjawab ng penuh kompiden...

korg tau ta, ak ta bce buku...
seperti yg ak ckp, ak ta bwk buku pon mse blek uma
jd, pg td la mse sblm ujian, ak bru nk selak2 buku
cm ne 2 eh???

usai menjawab soalan2 itu dengan penuh kompiden...
ak pon tilik2 la jwpn td, kot ada yg sala ke..
rsenye nk dkt 10x jgk lah ak check...

lastly ak yakin ak dpt betul..wlupn ak rse musykil
cm ne yg figure 'dr lyn' ak buley genap...
ta pe la.. satu jek lao sala pon.. ta byk kot mrkh kne ptg!!
[dgn lafaz bismillah ak pon tutup blek ketas jwpn]
pas mse mjawab dh tamat, ak pass la paper itu ke depan..
[tiup2 jampi2 dulu]

ahhh... ak da agak!! ak nye figure itu salah!!!!!
terpaksa la ak redha dgn ketentuanNya,...
lain kali jgn check 10x...!! tp, check 20x......

andainya smlm ak ng myra stdy cukai...
nescaya ak buley dok jwb soalan td..
tp, ada la suara sumbang mengatakan bahawa hr ni tiada ujian cukai.
ak ng myra pon pcye laa..tutup blek kot buku cukai.
sambung mengumpat lek!!!






moral of the story, na mo lah stdy cm ak,..hancur korg nt!

Saturday, March 20, 2010

adeh!!! mama tensen!

lo ni mama nk gtaw..
mama esk da kne blek asrama...
susa da nk on9..ng bz nk exam agik..
korg tao ta, mama ng otainye ta bwk blek buku2 utk dibaca
sempena minggu ujian ni,,.
adeh. mama bkn sengaja pon, anak2... mama ttinggal kunci bilik jek
tp mama msih buley btenang agi...
pasni korg yg da bce buku 2, passing2 le jawapan kt mama eak..[gurau ler]..
ta mo le wt btol2.. mama kn student berdisiplin...
tao ler mama nk stdy kang cmne..
mama pon ta tao ler bile mama nk brubah.
jd cm kwn2 mama, aza si minah buku,
bit roomate mama yg berotak geliga...
mama jelesje tgk dorg da asik score jek dlm pape kuiz ke..test ke..
tp mama tenang jek lg.. mama pon bley jgk kot jd cm dorg..

esk nk kuiz @ ujian, hr ni usya buku... tdo awal.. set jam!
namun, alarm tak alarm.. mama tetap bgun pkul 6.15pg..standard nye tym bgun
dgn nk mgejarkn mandi nye.. nk solat, nk iron bju lom gosok nye..
study entah ke mane..




bak kata bit...mama, bile mama nk berubah..
anakku bit, bukan mama ta mo berubah.. tp, kemalasan mama yg mjadikan mama
begini nak... sabar jela ngko dpt roomate kaki lepak cm mama kn??
tp mama tao.. di mne ada kmahuan.. di situ ada highway.. mende mama mrepek kn...
mngntuk.. tdo lah!!!

Friday, March 19, 2010

minyak wangi

Seorang lelaki masuk ke dalam lif nak ke atas. Sampai tingkat satu,
seorang wanita kaya masuk ke dalam lif lalu sembur minyak wangi
mahal...

*psst*..*psst*..*psssssst....* "JoJo, Beverly Hills, RM 400
sebotol" kata wanita kaya itu dengan angkuhnya.

Sampai kat tingkat dua, seorang wanita lagi kaya masuk lif lalu
sembur minyak wangi yang lagi mahal...
*psst**pssssst*..*pssssssssssssssst....* " Vecinza, Itali, RM 1000
sebotol" kata wanita lagi kaya itu dengan angkuhnya.

Sampai tingkat tiga pintu lif terbuka lalu lelaki tu
pun........!!!! *poooooooot*...*poooooooot*....*preeeeeeet,....*
"Telur rebus, gerai mamak, 5 posen sebijik" kata lelaki itu sambil
keluar lif dengan selamba nye.

sayang awk sgt.....

Hr 2 ktew gado
Sy maen2..awk ingt btol2
ta tao nk wt cane ag
lantak awk ler

Smlm ktew bselisih
Sy wt dunno
awk pndg sy
sy wt dunno jek
degilnye sy an???

sy nmpk awk..
nk pggil..but awk ta toleh pon
sbb sy just pggil awk dlm aty jek
bodow an sy..??

awk tgur sy..
sy wt dunno lg
tp awk ta tao btape happy nye sy
wt awk cenggitu.
sy dgr awk ctew,,
awk da jtuh cinta..
sedeynyew sy, awk...

awk kuar tgk wayang,
sy pon kua jgk tym 2
awk kuar ng c dy
sy tgk an aje....

awk call sy
mgacau aje lorh
tgh tido ni!!
tp sy layan an aje.
awk ckp.. awk da putus..
awk tao?? sy senyum smpai ke telinge
tp awk ta nmpk...

sy ckp, kesiannye awk...
hipokritnye sy ni... an??

arini hr jd sy..
tp awk lupa???
sy sedey tao??
tp takpe..awk bknnye sape2 pon..

awk mntk maaf.
kononnye bru teringatla tu.
sy senyum jek
sy ckp, sy ta kisah pon...
awk belanja tgk national treasure
bapak boring dey,,,ta romantik lgsung!!

tp takpe lg..

sy dpt bunga..
cantik ... n sy suke sgt..
tp awk ta tao sape pengirimnye...
awk nmpk n awk terus blik..
awk touching kn???

sy pggil awk. but awk ta toleh sikit pon..
sy cume nk gtaw awk....

AWAK...LORI!!!

sy kejer awk.
awk trus jalan...
sy tolak awk..
awk jatuh...maafkn sy sbb jatuhkn awk.

tp sy nmpk lori, awk...
btol2 dpn sy...
lao sempat, sy nk gtaw awk...

yg SAYE SAYANG AWK SGT2.....

Thursday, March 18, 2010

tingtong

Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.

Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?

Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

msalah!

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya pada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?" Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

kategory kentut apakah, anda???

1.ORG YG TIDAK JUJUR
> > orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.

2.ORG BENGONG
> > orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.ORG BERWAWASAN 2020
> > orang yg tahu mase yg terbaik untuk kentut.

4.ORG SENGSARA
> > orang yg ingin kentut tapi tidak boler kentut.

5.ORG MISTERIUS
> > orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.

6.ORG GUGUP
> > orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.

7.ORG YANG PERCAYE DIRI SENDIRI
> > org yg melepaskan kentutnye dengan bunyi yg amat lantang.

8.ORG SADIS
> > org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9.ORG PEMALU
> > org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

10.ORG STARTEGIK
> > org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.

11.ORG BODOH
> > org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12.ORG PELIK
> > org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13.ORG SOMBONG
> > org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14.ORG RAMAH
> > org yang tidak kisah mencium kentut org lain.

15.ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL
> > org yg suke kentut biler berkumpul dgn teman2.

16.ORG AKUATIK
> > org yg gemar kentut didalam air.

17.ORG ATLETIK
> > org kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18.ORG JUJUR
> > org yg mengaku kalau abis kentut.

19.ORG PINNTAR
> > org yg menghuraikan kandungan bau kentut org lain.

20.ORG KELAKAR
> > org yg biler ketawa sambil terkentut.

21.ORG YG ROMANTIK
> > org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22.ORG YG TIDAK SIHAT
> > org yg bile batuk dier akan terkentut.

23.ORG YG PANAS BARAN
> > org yg mudah marah bile terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.


Jadi Anda Manusia Yg Bercharacter Apa??

sengal killer

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

kisah sadis!!

Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis: Perlahankanlah sikit moto ni, saya takut la

Si lelaki : Tak nak..bawak laju2 mcm ni ler seronok..

Gadis : Tak,,tak seronok pon. Tlg ah. Saya takut sgt ni

Si Leleki : Kalau awak nak saya perlahankan moto ni, awak kena kata awak cintakan saya dulu

Gadis : OK! Saya cintakan awak!

Si Lelaki : Ok,,.,sekarang peluk saya kuat2..

Si gadis memeluk lelaki tadi dengan erat

Si Lelaki : Awak, boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya x? Kemudian pakaikan kat awak..saya ta selesa ah..

********************************************************************

Dalam surat khabar keesokan harinya : sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yang telibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

********************************************************************

Kisah sebenarnya, semasa mereka sedang menuruni jalan tersebut,
Si lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi. Tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan “saya cintakan awak” dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keledarnya kepada si gadis mengharapkan kekasihnya itu terselamat…walaupun itu bererti dia akan terkorban. Jadi, sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya. Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya…….

hai y'all.

welcome 2 my blog...
Related Posts with Thumbnails