About Me

My photo
special days, simple days, sad moments and happy ways, where everything changes with time, friendship always stays~!

Monday, May 3, 2010

isnin yang membengangkan mama!

hari ini, hari saya panasss dengan seseorang.
tahukah anda? seseorang itu telah dengan beraninya
melabel saya sebagai 'bodoh dan bebal'.
dengan hanya 1 soalan mudah, "anda rasa anda baguskah?"
seseorang itu dengan mudah dan tegar nya memaki hamun
orang lain dengan perkataan yang cukup membuatkan
hati orang sensitif seperti saya ini untuk tersentuh...

padahal, saya tidak kenal dia dan dia pun rasanya tidak kenal saya
apa salahnya dia menjawab, ya, saya rasa saya amat bagus.
kenapa anda tanya?? itu pun sudah cukup untuk soalan seperti itu.

tahukah anda, apa jawapan 'seseorang' itu?
"yang ni lagi sekor.aku memang bagus,dan kau tak bagus,ape masalahnye??cuba jngn bertanya soalan bodoh macam ni.soalan ni menampakkan yang anda seorang yang bodoh lagi bebal."
malah sempat lagi bertanya soalan berbentuk ini kepada saya :
"dan satu lagi soalan kau bertanya sama ade saya bagus atau tidak membuatkan aku sangat marah.kau bagus sngat ke?nak tnye orang??bebal.lain kali jngn cari pasal.jaga kain sendiri sudeyh.tak payah jaga tepi kain orang lain.sampah~"..

untuk laman seperti itu, rasanya tidak salah
bagi saya untuk bertanyakan apa jua bentuk soalan sekalipun.
kerana laman itu khusus untuk orang bertanya soalan dan kita menjawab soalan tersebut.
kerana sorang mamat ini, saya rasa saya meluat untuk bertanya lagi padanya.
bahasa saya pun sopan kot kalao nk dibandingkan dengan orang lain.
terfikir pula, beginikah sikap seorang pelajar IPTA (universiti _ _ _ _ _ _)???

No comments:

Related Posts with Thumbnails