About Me

My photo
special days, simple days, sad moments and happy ways, where everything changes with time, friendship always stays~!

Thursday, April 29, 2010

cinta dan kecantikan

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri
Bukannya sekali
Ingin ku mencoba
Namun ku gagal lagi
Mungkin nasib ini suratan tanganku
Harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya
Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu
Hanya iman di dada
Yang membuatku mampu
Selalu tabah menjalani

Malam-malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi
Hanya satu keyakinanku
Bintang ‘kan bersinar menerpa hidupku
Bahagia ‘kan datang

ya, lagu ini tepat sekali dengan hidupku.
malah, seakan2 kena pada diriku ini.
cinta. perkataan itu buat ak jd gila.
buat ak sangat tertekan bila memikirkannya,

salahkah aku mencuba bercinta?
satelah banyak kali ak kecundang
dalam mempertahankan hubungan itu???
nyatanya, aku tak serik lagi.

dahlah! ak da penat la mcm ni.
skng, hanya jodoh penentunya,
andai telah ditakdirkan jodohku bersamanya,
aku redha. n ak terima.
harap aku tak bersedih lagi.


ok. ni cerita lain pulak ye,


last monday, aku ke library PMM,
dan sempat meminjam beberapa buah novel dan 1 buku motivasi,
aku tertarik pada salah satu buku motivasi tersebut,
buku itu ialah "MEMBINA RASA CINTA"
karya Dr. HM tuah Iskandar.

aku teruja membaca buku tersebut
dan ingin aku kongsikan bersama kalian,
salah satu tajuk dalam buku itu;
pesanan untuk orang cantik.

aku seringkali merasakan, aku paling buruk
dikalangan kawan2ku,
rupaku, fizikalku, personalitiku.
semuanya, aku rasakan aku lah yang pling teruk.
sampaikan, aku pernah buat 1 kerja gila;sem 2.
apa kerja gila itu???
rahsia.

kalian pembaca blogku yang budiman,
aku selalu rasa tiada keyakinan diri,
namun, setelah aku baca topik buku Dr Tuah tadi,
aku perlahan2 ingin mengubah cara pemikiranku...

'anggaplah kekurangan kamu itu, satu kelebihan buat anda'
'orang cantik itu, hidupnya penuh ranjau dan bahaya'
'orang cantik selalu terdedah dengan perasaan angkuh dan riak'
'penghuni neraka kebanyakannya perempuan'
perempuan yang :
1. cantik, tapi tak memahami kenapa Allah jadikannya cantik. dia riak dan takbur dengan nikmat yang telah Allah berikan ;
2. buruk, tapi selalu mempertikaikan ciptaan Allah. siapa dia nak pertikaikan ciptaan Allah? dunia ini Allah punya.

maka, aku ingin berubah.
biarlah aku begini. aku masih bersyukur kerana aku masih bernafas
kat dunia yang dimiliki-Nya.

wallahua'lam

Tuesday, April 13, 2010

termenung sejenak

mungkin kau tak tau, n ta pnah nk amek tau...
ak syg kn kao.. lbey dr ak syg diri ak sendiri..
kao lbey dr seorg kwn.. ibarat adik beradik..
tp sayangnye... kao ta pnah amek tao
yg ak msih di sini menyayangi kao..

kwan ku _ _ _ _ _ _

kao mungkin ta perasan.. yg ktew semakin jaoh.
yg ktew da renggang. ntah di mana silapnya, ak ta tao.
ak ke yg byk menyisahkan kao?
ak ke yg byk menyakitkn hati kao?
andai ada salah silap, maafkn ak...

mungkin kao tau, ak suka main2,,
suka sangat tak serius.
namun ketahuilah sahabatku,
detik ak menulis di blog kesayanganku ini,
ak tulus. n ak tak menipu dan bersandiwara..

kerana kao, ak pnah menangis.
kerana kao, ak pnah gembira.
kerana kao, ak pnah bahagia.
kerana kao, ak pnah terluka.

ingt x, ktew pnah bergembira bersama?
ingt x, ktew pnah menangis bersama?
ingt x, ktew pnah wt keje gila bersama?

andainya kao tahu, takkan ada seorangpon yg blh menggantikan tempat kao
di hati ini., bahkan sampai matipun ak mengingatimu..
sebagai sahabat terbaikku...

Sunday, April 11, 2010

aku, hatiku dan airmataku

airmata, kenapalah engkau selalu mengalir?
adakah itu tandanya hati ini rapuh??
pelik, itu lah aku, aku yang selalu menangis.
entah untuk siapa dan demi apa yang aku nangiskan.
memang aku mengaku, tangisan itu bukan kepura-puraan.
dan aku tahu, itulah kelemahan ketara bagiku.
tapi sampai bila aku terus menangis?
sampai kolam airmata ku pecah hinggakan
aku tak mampu untuk menangis lagi??

hati, kenapalah engkau selalu lembut?
kenapa mudah sangat engkau tersentuh?
tpi, hati ini,pernah menjadi keras satu masa dulu..
hinggakan aku tak tegar memaafkan kesalahan seseorang,
dan akhirnya menjadi dendam yang kian membakar jiwa ini.
hati ini jugalah punca ke'sakit'an aku..
yang memendam 1001 rahsia.

dan aku yang sangat sensitif..
sangat kepingin untuk berubah.. menjadi perempuan yang kental.
namun, hingga kini, aku masih gagal..
maafkan aku, kerana hati ini belum berjaya untuk menahan
air mata ini terus-terusan mengalir...

p/s : memang betul ckp mama, dalam bnyk2 anak mama, kakngah sorang jek paling kuat nangis.
kesedihan ini seakan berlalu pergi... tatkala aku bersama 'dia'
hanya dia yang memahami ku... dia lebih mengenaliku..
bila bersamanya, aku terbayang2 kenangan semalam..
sampaikan aku menangis di hadapannya.. namun, dia masih menyayangiku.
mana aku tahu dia menyayangiku???
perlukah dia berkata 'dia menyayangiku'???
cukup dengan apa yang telah diberi dan dihulurkan padaku,
terjawablah pertanyaan itu. memang benar, dia sayangkan ku..
kerana dialah, aku hidup hingga kini.. namun, salah aku kerana
selalu mencintai lelaki yang belum tentu cintakan aku, sebagaimana
dia mencintaiku..
benarlah,

cintakan bunga, bungakan layu..
cinta manusia, akan mati..
cinta Allah, kekal abadi..
Related Posts with Thumbnails