About Me

My photo
special days, simple days, sad moments and happy ways, where everything changes with time, friendship always stays~!

Sunday, March 17, 2013

Aum...~!

Salam u ols~!

I dah lame sangat tak update blog ni.. sory la. bukan menyepi tapi berbizi bizian di dunia nyata.. okey.. meh i bagi alasan kenape kenape and kenape i tak update selain alasan bizi?? huhu~!




1. internet takdak. okey. ini alasan mungkin u ols boleh terima ye. internet pade i sangatlah terhad. before this, i cuma ada wifi ofis, wifi rumah makcik, wifi rumah kakak dan cyber cafe. now, i dah ada mr.Yes!. so, hopefully i boleh update blog ni dengan pelbagai info yang 'daebak' untuk u ols ye.




2. kerja life. u ols tahu kan kerjaya i sebagai account and audit assistant sangat memerlukan masa, tenaga, usaha, fikiran, idea dan sebagainye..? i memang sangat komited (lah..sangat) dengan kerjaya. sampaikan mase sebelum tidur pun i sebok pikir debit-credit lagi? adoyai... maaf ye. lepas perah otak kat ofis, i berjimba tak ingat blog lagi.. so, memang takde time untuk blog...~

3. mase online i lebih kepada laman sosial ye. fesbuk,twitter dan sebagainye. actually nak tau jugak la perkembangan kawan kawan.. maklumlah, nak update blog perlukan mase yang lame duk ngadap lappy. so, kemalasan melanda. 




rasenye cukup lah tiga alasan ye untuk u ols. i'm sorry again. 

seperti selalu, i ade bekalan ilmiah untuk u ols, pengunjung blog i, blogwalker, stalker, friend, dan yang sama waktu dengannye. sebelum tu, i nk ucap terima kasih banyak banyak sebab sudi melawat blog ni. so, kali ni punye entry merupakan fakta. fakta tentang harimau. okey. selamat membaca.

1. PENGLIHATAN

Harimau bukanlah pemburu di malam hari. Ini disebabkan oleh penglihatan harimau yang kurang baik di waktu malam. Biasenye, harimau akan pergi berburu pada waktu pagi dan petang. Walaupun penglihatan harimau tidaklah sebagus kucing pada waktu malam, namun ia dianggarkan enam (6) kali lebih baik berbanding penglihatan manusia. 




2. KEKUATAN.

bila kite bercerita tentang harimau, a tiger strength was no joke. Harimau merupakan perenang yang baik. Harimau mampu berenang puluhan kilometer untuk mendapatkan mangsanya. Harimau juga boleh melopat sejauh enam (6) meter dan sehingga ketinggian lima (5) meter. hebatkan? 
Harimau juga boleh meniru suara haiwan lain untuk menarik mangsa. Sama seperti haiwan pemangsa yang lain, harimau membunuh mangsa dengan mencekik leher sehingga kehilangan darah. Jika arteri mangsa putus, mangsa akan terus mati sekelip mata. Sekiranya tidak mati, harimau akan menggigit dan membawa mangsa sehinggalah akhirnya mati. Selain kaki belakang, cakar harimau juga sangat kuat. Satu babatan sahaja boleh menghancurkan tengkorak beruang.




3. INTERAKSI

Harimau jarang mengaum. mereka mengaum hanya untuk berkomunikasi sesama mereka sahaja. Harimau betina hanya memiliki masa subur selama 4-5 hari sepanjang tahun. Pada masa itulah bermulanya musim kahwin. Lalu mengandung selama 3 bulan dan melahirkan 2 hingga 3 anak harimau.

4. BERBURU

Dianggarkan hanya satu persepuluh perburuan yang berjaya bagi seekor harimau. Sehingga biasanya harimau pergi beberapa hari tanpa makan sebelum akhirnya berjaya menemukan mangsa. Harimau adalah haiwan yang tidak kuat menahan lapar (mungkin karena kebesaran ukuran tubuh mereka). Harimau akan mati kelaparan hanya dalam waktu 2-3 minggu sahaja. Harimau sering berburu sendiri, kecuali untuk menangkap haiwan besar barulah melakukan perburuan bersama kawannya.


sumber diambil dari blog http://www.apakabardunia.com

Love,
cik ieyka 

No comments:

Related Posts with Thumbnails