About Me

My photo
special days, simple days, sad moments and happy ways, where everything changes with time, friendship always stays~!

Thursday, February 2, 2012

ampunkan daku~ hurmm..

SaLam readeRs~!

lama suda x update blog ni.. apa khabar sume? actually, saye baru je baik dr sakit tekak.. sampai xde suara. hadoi.. saket sey~ last year AJL25, seingat saye lah, saye ada komen pasal kemenangan ana raffali kan? tapi diz year punye AJL yang awan nano nano hafiz tu, saye ase malas la nak komen. sebab saye dah agak pun dia akan menang.. lagu tu best..^^

sebenarnye kan, saye ada benda lain yg nak di share kan dengan korang. seperti biasa, artikel ni saye dapat dari kwn sekerja.. dapat email dari dia. tapi x tau la plak dari mana sumbernye..
harap korang dapat mengambil sedikit sebanyak kebaikan dari apa yg ingin saye share kn.. selamat membaca!



memaafkan seseorang adalah sangat sukar, yer kan?? dan ini adalah tips untuk memaafkan seseorang yang berbuat salah pada korang



1. Fikirkan yang korang juga pernah melakukan kesalahan dan korang juga mahu dimaafkanKer, korang rasa korang ni jenis yang betul jer. Perfect, tak pernah buat salah dan apa yang korang buat is the best forever after. Hahaha, kalau itu rasa korang cepat cepat buang sebab tak der orang yang sempurna. Dan bila korang ada buat salah, korang juga perlukan kemaafan, yer kan? sebab dimaafi atas kesalahan yang kita buat akan membuatkan kita lebih tenang juga sebaliknya, memaafkan orang yang bersalah pada kita akan buatkan kita lebih tenang. Jadi apa susah, maafkan jer walaupun dia tak minta maaf.

2. Fikirkan jika korang ditempat diaKalau korang ditempat dia, adakah korang akan melakukan perkara yang sama. Selami keadaan dia yang sebenar. Mungkin apa yang dia lakukan adalah mengikut keadaan yang dia terpaksa melakukannya. Kalau sekalipun dia mempunyai pilihan, mungkin kesilapan yang dia lakukan pada waktu itu adalah pilihan terbaik yang dia dapat fikirkan yang dia sendiri tidak tahu itu bakal mengundang kemarahan korang. Then, maafkan dia

3. Jadikan kesilapan itu sebagai cabaran yang perlu korang tempuhiJangan jadikan kesilapan sebagai punca korang marah, tapi jadikannya cabaran utuk korang tempuhi. Itu adalah dugaan untuk korang lalui, dan dugaan itu sebenarnya sedang menguji kesabaran korang. Terus maafkan dia dan laluinya walaupun ianya perit untuk ditempuhi. Memaafkan dia adalah jalan terbaik untuk korang pulihkan semula keadaan instead of korang marah pada dia atau menjauhkan diri dari dia.

4. Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif. Memikirkan secara negatif akan menambahkan lagi kemarahan korang. Mungkin dia cuba lakukan yang terbaik untuk korang, mungkin apa yang dia lakukan itu tidak disengajakan, mungkin dia terlepas pandang, mungkin dia sengaja menguji kesabaran korang atau apa apa sahaja yang korang rasakan positif yang boleh menghilangkan rasa marah korang.
 
5. All is wellCara paling pantas bila korang diserang rasa amarah, terus urut dada sebelah kiri dan beristifar, seterusnya bersabar. All is well adalah tips menghilangkan rasa tidak senang dalam cerita 3 idiots. All the same principal that you could apply.



Apapun cara korang apabila memaafkan seseorang, jangan biarkan diri nampak lemah kerana mudah memaafkan orang, di mana, orang lain boleh mengambil kesempatan di atas sikap korang yang pemaaf. Jadikan sikap pemaaf sebagai kekuatan untuk membuatkan orang lain lebih menghormati korang. Caranya, memaafkan orang dengan hati yang ikhlas sebab keikhlasan itu adalah diri korang sendiri.

1 comment:

baby lydia said...

salam kenal.dya follower sini iyer

Related Posts with Thumbnails